MBSJ perhebat operasi, kenderaan terbiar diambil tindakan

16 Apr 2026, 12:31 PM
MBSJ perhebat operasi, kenderaan terbiar diambil tindakan
MBSJ perhebat operasi, kenderaan terbiar diambil tindakan

SHAH ALAM, 16 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terus komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan buruk dan terbiar di kawasan pentadbirannya.

Menurut MBSJ, operasi melibatkan notis amaran, tundaan dan sitaan itu dijalankan di beberapa lokasi termasuk kawasan perindustrian, perumahan serta pusat bandar sekitar Subang Jaya.

“Antara kawasan terlibat ialah USJ, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Bandar Putra Permai dan Seri Kembangan.

"Selain itu, operasi tundaan dan sitaan turut dilaksanakan pada 8 April lalu di sekitar Pusat Bandar Puchong dan Bandar Puchong Jaya,” katanya menerusi Facebook.

MBSJ berkata kesemua kenderaan yang disita dipindahkan ke Depoh Puchong Utama dan Depoh Sri Puchong untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, orang awam diingatkan tidak meninggalkan kenderaan rosak atau terbiar di kawasan awam bagi memastikan persekitaran kekal bersih dan selamat selain mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

MBSJ turut menegaskan pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas selaras undang-undang kecil yang berkuat kuasa demi kesejahteraan komuniti setempat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.