MBSJ kompaun, tunda lori parkir haram ganggu lalu lintas

4 Sep 2026, 8:28 AM
MBSJ kompaun, tunda lori parkir haram ganggu lalu lintas
MBSJ kompaun, tunda lori parkir haram ganggu lalu lintas
MBSJ kompaun, tunda lori parkir haram ganggu lalu lintas

SHAH ALAM, 4 SEPT: Beberapa kenderaan berat termasuk lori tanah dan ekor treler dikenakan tindakan selepas didapati meletakkan kenderaan di lokasi tidak dibenarkan sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas dan keselesaan penduduk setempat.

Tindakan itu diambil Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi operasi penguatkuasaan yang melibatkan beberapa lokasi di Jalan Persiaran Puchong Permai, Jalan Prima Utama 3, Puchong Jaya, Jalan Kewajipan USJ 8 dan Jalan USJ 11/2, Subang Jaya.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kenderaan berat dikenakan Notis Tawaran Kompaun (NTK), serta menunda kenderaan terbabit.

Kenderaan yang ditunda dibawa ke Depoh Simpanan TP 2, Subang Jaya dan Depoh Simpanan Jalan TPP 6, Puchong untuk tindakan lanjut.

"MBSJ mengingatkan kenderaan berat muatan melebihi dua tan metrik tidak dibenarkan memasuki kawasan taman tanpa kebenaran pihak Majlis, selaras dengan peraturan yang ditetapkan," menurut MBSJ di Facebook.

MBSJ turut menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan, sekali gus menjamin kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.