MPKL gempur tapak pelupusan sampah haram, sita jentera berat

14 Apr 2026, 12:38 PM
MPKL gempur tapak pelupusan sampah haram, sita jentera berat
MPKL gempur tapak pelupusan sampah haram, sita jentera berat

SHAH ALAM, 14 April: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menggempur satu tapak pelupusan sampah haram serta menyita jentera berat yang berada di lokasi tersebut.

Operasi melibatkan Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL dijalankan pada 11 April lalu, hasil pemantauan aktiviti di lokasi berkenaan.

“Perbuatan ini adalah kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPKL) 2007.

“Tindakan sitaan ke atas jentera terlibat dilaksanakan mengikut peruntukan UUK 21(1), selain pengeluaran notis kesalahan oleh pihak berkuasa,” maklumnya menerusi kenyataan.

MPKL menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti pelupusan haram demi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan lestari, selaras dengan aspirasi Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.