Tangani bah: Selangor lulus RM990.41 juta laksana 13 RTB di Klang

13 Apr 2026, 7:01 AM
Tangani bah: Selangor lulus RM990.41 juta laksana 13 RTB di Klang
Tangani bah: Selangor lulus RM990.41 juta laksana 13 RTB di Klang
Tangani bah: Selangor lulus RM990.41 juta laksana 13 RTB di Klang

SHAH ALAM, 13 APRIL: Selangor meluluskan peruntukan berjumlah RM990.41 juta bagi pelaksanaan 13 Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Klang sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu telah disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor untuk pelaksanaan projek berkaitan.

“Kita sedang meneliti pembangunan Pelan Induk Air Selangor yang akan melihat punca permulaan banjir, sebab berlakunya kemarau serta usaha meningkatkan rizab air.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada penyelesaian secara berperingkat kerana cabaran semakin besar setiap tahun,” katanya seperti dilapor The Star.

Menurutnya, pertumbuhan populasi yang kini mencecah 7.3 juta memerlukan Selangor memperkukuh daya tahan bandar matang seperti Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

“Empat bandar ini menempatkan hampir separuh daripada populasi negeri. Itu sebabnya Selangor perlu menyesuaikan diri dengan peningkatan jumlah hujan bagi mengurangkan impak banjir kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata JPS Selangor sedang melaksanakan pelbagai langkah tebatan banjir termasuk pembinaan benteng, pembetung lintasan, kolam takungan serta pemasangan pintu kawalan air dan pam berkapasiti tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.