Saringan kesihatan percuma di Kota Kemuning Ahad ini

12 Apr 2026, 3:04 PM
Saringan kesihatan percuma di Kota Kemuning Ahad ini

SHAH ALAM, 12 APRIL: Orang ramai berpeluang menjalani saringan kesihatan percuma menerusi program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning di Dewan MBSA Kenanga, Seksyen 28, Ahad depan.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata program bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu memberi fokus kepada pengesanan awal penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan barah

“Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran di aplikasi SELangkah. Ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi SELangkah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi SELangkah dengan empat langkah mudah iaitu:

  1. Muat turun aplikasi SELangkah

  2. Tekan butang Selangor Saring

  3. Isi borang soal selidik

  4. Pilih lokasi dan tarikh program

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, peserta boleh menghubungi talian hotline Selcare di 1-800-22-6600.

Program Selangor Saring merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat mengesan penyakit lebih awal, khususnya kepada individu berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.