KPDN Selangor gempur premis guna jenama tidak sah

8 Apr 2026, 6:40 AM
KPDN Selangor gempur premis guna jenama tidak sah
KPDN Selangor gempur premis guna jenama tidak sah

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menjalankan Ops Bersepadu bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap premis yang disyaki menggunakan jenama atau cap dagangan secara tidak sah pada 6 April lalu.

KPDN Selangor memaklumkan tindakan dan siasatan lanjut akan di ambil di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Penggunaan identiti perniagaan atau jenama tanpa kebenaran bukan sahaja mengelirukan pengguna, malah melanggar hak harta intelek pemilik asal yang sah,” kata KPDN Selangor dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Pihak berkuasa menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengeksploitasi reputasi jenama orang lain.

Sehubungan itu, peniaga dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang serta mendaftarkan cap dagangan secara rasmi bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815) mengawal selia pendaftaran serta perlindungan cap dagangan di Malaysia, termasuk tindakan terhadap penggunaan tanpa kebenaran.

Di bawah akta tersebut, cap dagangan berfungsi melindungi identiti perniagaan serta membezakan produk atau perkhidmatan di pasaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.