PWS salur wakaf fisabilillah RM50,000, naik taraf Masjid Al-Amin

7 Apr 2026, 3:20 AM
PWS salur wakaf fisabilillah RM50,000, naik taraf Masjid Al-Amin
PWS salur wakaf fisabilillah RM50,000, naik taraf Masjid Al-Amin

SHAH ALAM, 7 APRIL: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Masjid Al-Amin, Seksyen 17, di sini bagi menyokong usaha menaik taraf kemudahan rumah ibadah berkenaan.

Sumbangan itu bertujuan meringankan beban pihak masjid dalam menyiapkan projek pemasangan siling serambi, sekali gus meningkatkan keselesaan jemaah yang hadir menunaikan ibadah.

Menurut PWS menerusi kenyataan di Facebook, inisiatif berkenaan juga menjadi sebahagian usaha memperkasa fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti setempat.

“Inisiatif ini juga bagi meningkatkan keselesaan jemaah serta memperkasa fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, sumbangan tersebut diserahkan Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS Muhammad Suffian Assauri Omar kepada Nazir Masjid, Mohd Khairi Mohamad Nor.

Dalam majlis sama turut berlangsung, kuliah Maghrib khas bertajuk “Wakaf Pelaburan Akhirat” yang disampaikan Muhammad Suffian.

Kuliah itu mengupas kepentingan wakaf sebagai instrumen pelaburan berimpak tinggi yang bukan sahaja memberi manfaat di dunia, malah berterusan ganjarannya hingga ke akhirat.

PWS turut membuka kaunter wakaf sebagai platform langsung untuk orang ramai menyumbang dan bersama menjayakan agenda pembangunan wakaf di Selangor.

Orang ramai dialu-alukan menyumbang wakaf tunai melalui saluran rasmi PWS menerusi Wakaf Selangor Online dan aplikasi Wakaf Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.