MPAJ keluar 32 kompaun dalam operasi premis industri di Pandan Mewah

2 Apr 2026, 4:43 AM
MPAJ keluar 32 kompaun dalam operasi premis industri di Pandan Mewah

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan 32 kompaun terhadap premis industri dalam Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan di Pandan Mewah, kelmarin.

MPAJ memaklumkan sebanyak 146 premis dilawati dalam operasi berkenaan, dengan 77 daripadanya diperiksa manakala 69 premis didapati tidak beroperasi ketika lawatan dijalankan.

“Daripada jumlah kompaun itu, 14 dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan, manakala 18 lagi oleh Jabatan Penguatkuasaan bagi pelbagai kesalahan,” menurut kenyataan di Facebook.

Menurut MPAJ, operasi tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran pemilik premis supaya mematuhi peraturan, khususnya dalam aspek kebersihan dan pengurusan sisa agar tidak menjejaskan persekitaran termasuk sumber air dan sungai.

Tambahnya, pematuhan terhadap undang-undang yang ditetapkan amat penting bagi memastikan kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.