Selangor bangun modul penjagaan, fokus fizikal, mental dan emosi

1 Apr 2026, 1:00 AM
Selangor bangun modul penjagaan, fokus fizikal, mental dan emosi

SHAH ALAM, 1 APR: Kerajaan Negeri sedang membangunkan silibus rintis modul penjagaan yang merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi bagi memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata inisiatif itu mengambil pendekatan holistik supaya aspek penjagaan tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal, sebaliknya turut menitikberatkan keseimbangan mental dan emosi.

Menurutnya, modul tersebut akan didigitalisasikan bagi membolehkan akses lebih meluas kepada orang ramai serta memudahkan penyampaian maklumat secara fleksibel.

“Pembangunan silibus ini masih di peringkat awal dan akan melalui beberapa fasa penambahbaikan sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri menyasarkan modul penjagaan ini dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini bagi memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Townhall X Raya Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Anfaal berkata pembangunan modul itu turut melibatkan kerjasama Wanita Berdaya Selangor dan Universiti Selangor (UNISEL), termasuk usaha mewujudkan kursus khusus berkaitan penjagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.