SHAH ALAM, 30 MAC: EXCO Kesihatan Awam menzahirkan penghargaan kepada seluruh doktor yang berkhidmat di Selangor sempena Hari Doktor Sedunia hari ini.
Menurut Jamaliah Jamaluddin, dedikasi dan pengorbanan doktor di barisan hadapan dalam menjaga kesejahteraan rakyat amat dihargai dan tidak ternilai.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga doktor khususnya yang berkhidmat di Selangor serta di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atas dedikasi, pengorbanan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjaga kesihatan rakyat.
“Dalam apa jua keadaan, para doktor sentiasa berada di barisan hadapan, memberikan rawatan, harapan dan kelegaan kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Jamaliah turut menyeru masyarakat agar terus menghargai dan memberi sokongan kepada doktor bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Hari Doktor Sedunia, disambut setiap 30 Mac diiktiraf di seluruh dunia untuk menghargai jasa profesional perubatan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat.











