Selangor perketat kawalan efluen, lindungi sumber air negeri

30 Mac 2026, 12:00 AM
Selangor perketat kawalan efluen, lindungi sumber air negeri

SHAH ALAM, 30 MAC: Aktiviti industri dan komersial dikenal pasti sebagai antara punca utama pencemaran yang mengancam kualiti sumber air, menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Agensi itu menegaskan pelepasan efluen tanpa rawatan ke saliran awam boleh mencetuskan pencemaran serius, sekali gus menjejaskan bekalan air mentah kepada pengguna.

Bagi mengekang risiko tersebut, LUAS memperketat kawalan serta penguatkuasaan melalui Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024.

Pensampelan berkala turut dilaksanakan bagi memastikan setiap premis mematuhi piawaian ditetapkan, selain mengesan pelanggaran lebih awal sebelum menjadi insiden besar.

“Tindakan tegas akan dikenakan termasuk caj pelanggaran, pembatalan lesen, kompaun dan pendakwaan terhadap premis yang ingkar,” menurut LUAS.

Menurut agensi itu, langkah berkenaan selari dengan pelaksanaan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi menjamin sumber air negeri kekal bersih, selamat dan mampan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.