IBDE buka peluang orang ramai cadang buku menarik untuk diterjemah ke bahasa Melayu

29 Mac 2026, 1:00 PM
IBDE buka peluang orang ramai cadang buku menarik untuk diterjemah ke bahasa Melayu
IBDE buka peluang orang ramai cadang buku menarik untuk diterjemah ke bahasa Melayu
IBDE buka peluang orang ramai cadang buku menarik untuk diterjemah ke bahasa Melayu
IBDE buka peluang orang ramai cadang buku menarik untuk diterjemah ke bahasa Melayu

SHAH ALAM, 29 MAC: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) kini membuka peluang kepada orang awam untuk mencadangkan judul buku menarik dan bermanfaat bagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

IBDE menerusi hantaran di Facebook berkata antara syarat penyertaan adalah buku yang dicadangkan mestilah mempunyai hak cipta sah atau berada dalam domain awam.

“Syarat lain judul yang dicadangkan hendaklah bermanfaat dan memiliki nilai ilmu yang tinggi.

”Selain itu, genre pilihan termasuk politik, sejarah, sastera, falsafah, budaya, sains dan lain-lain,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh membuat imbasan kod QR pada poster tertera untuk pautan borang penyertaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif IBDE Farhan Affandi berkata pihaknya telah menterjemah kitab tokoh Islam termasuk pendiri empat mazhab sebagai usaha menghidupkan semula tradisi pengajian berkitab di masjid.

Antara naskhah yang diterjemah ialah biografi imam empat mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafi, selain Saidina Ali Abi Talib dan kitab al-Hikam karangan Ibnu ‘Athaillah As-Sakandari.

Farhan memberitahu, sebahagian daripada naskhah ini juga akan digunakan dalam sesi pengajian Festival Turath Islami Selangor (FTIS) pada tahun ini.

IBDE, yang menerima geran Kerajaan Negeri, aktif menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre, termasuk sejarah, falsafah dan agama, serta naskhah klasik berusia beribu tahun.

Karya terbitan IBDE, sebahagiannya dihasilkan dengan kerjasama Media Selangor, boleh diperoleh di Kedai Buku Rencana, Sri Damansara, Petaling Jaya, atau secara dalam talian melalui pautan bukuibde.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.