300 pelajar DUN Banting terima bantuan Kembali Ke Sekolah MBI 2026

28 Mac 2026, 11:17 AM
300 pelajar DUN Banting terima bantuan Kembali Ke Sekolah MBI 2026
300 pelajar DUN Banting terima bantuan Kembali Ke Sekolah MBI 2026
300 pelajar DUN Banting terima bantuan Kembali Ke Sekolah MBI 2026
300 pelajar DUN Banting terima bantuan Kembali Ke Sekolah MBI 2026

SHAH ALAM, 28 MAC: Seramai 300 pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting menerima bantuan kewangan menerusi program Jelajah Kembali Ke Sekolah MBI 2026 hari ini.

Inisiatif tersebut bagi membantu persediaan awal persekolahan, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri Banting V Papparaidu berkata inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa selain menyuntik semangat kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia.

Menurut beliau, bantuan berkenaan diharap membolehkan pelajar memulakan sesi persekolahan dalam keadaan lebih bersedia tanpa kekangan kewangan.

“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari, memastikan tiada pelajar tercicir daripada arus pendidikan akibat kekangan kewangan,” katanya menerusi laman Facebook beliau.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu ditemui media dalam majlis Iftar Peringkat DUN Banting di Hotel Villea, Morib pada 16 Mac 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Beliau yang juga EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan menegaskan, usaha berkenaan merupakan sebahagian komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek pendidikan.

“Usaha ini diharap dapat membantu keluarga yang memerlukan serta memberi dorongan kepada anak-anak untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Banting serta semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Program Jelajah Kembali Ke Sekolah MBI merupakan antara inisiatif tahunan Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Melalui program itu, Kerajaan Negeri terus komited memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.