Pelajar sekolah maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

14 Okt 2026, 8:03 AM
Pelajar sekolah maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

SHAH ALAM, 14 OKT: Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan berhampiran sekolahnya di Kilometer 55, Lebuhraya Pan Borneo, Miri, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu itu sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta yang dipandu wanita tempatan berusia 46 tahun.

“Kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Miri menghala ke Bakong sebelum dipercayai melanggar seorang pejalan kaki yang juga pelajar sekolah ketika melintas jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut, pelajar terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizal Moktar, menerusi talian 012-818 6509 atau 085-430 479, atau balai polis berhampiran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.