Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh dari tingkat 11 di Sepang

17 Okt 2026, 2:15 PM
Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh dari tingkat 11 di Sepang

SEPANG, 17 OKT: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan kediaman di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.54 pagi hari ini.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norhizam berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan proses bedah siasat telah selesai dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Sehubungan dengan itu, Norhizam menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee melalui talian 014-314 5347,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.