SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memantau kerja pembersihan awam di kawasan pentadbiran sempena Aidilfitri.
MPAJ memaklumkan pemantauan melalui Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan bagi memastikan operasi KDEB Waste Management mengikut jadual serta tahap kebersihan kekal baik.
“Hasil pemantauan mendapati kebanyakan kawasan berada dalam keadaan bersih, teratur dan terkawal,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai diminta bekerjasama menjaga kebersihan dengan membuang sampah di tempat disediakan.
MPAJ turut merakamkan penghargaan kepada KDEB Waste Management atas komitmen memastikan persekitaran kekal kondusif.








