Permohonan HPIPT RM1,000 dibuka hingga 14 April

22 Mac 2026, 9:30 AM
Permohonan HPIPT RM1,000 dibuka hingga 14 April

SHAH ALAM, 22 MAC: Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bagi sesi 1 tahun 2026 telah dibuka sehingga 14 April depan.

Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor itu menawarkan bantuan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada pelajar tahun pertama daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Bantuan ini khusus buat pelajar tahun pertama peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diiktiraf kerajaan.

Orang ramai diingatkan supaya membaca syarat permohonan dengan teliti, membuat permohonan dalam tempoh ditetapkan serta mengemukakan permohonan secara dalam talian sahaja tanpa serahan dokumen fizikal.

Permohonan boleh dibuat melalui https://danapendidikan.selangor.gov.my/ tertakluk kepada terma dan syarat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.