Selangor perluas bantuan RM1,000 kepada 5,000 mahasiswa pada 2027

13 Nov 2026, 12:20 PM
Selangor perluas bantuan RM1,000 kepada 5,000 mahasiswa pada 2027

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri meningkatkan jumlah penerima Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (HPIPT) daripada 3,000 kepada 5,000 mahasiswa tahun depan bagi membantu meringankan kos memulakan pengajian di universiti.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM1,000 secara sekali beri itu melibatkan peruntukan RM5 juta, khusus kepada mahasiswa yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di universiti awam atau swasta.

Menurutnya, penambahbaikan berkenaan dibuat susulan maklum balas positif daripada mahasiswa yang berdepan kekangan kewangan meskipun memperoleh pinjaman pendidikan atau biasiswa.

“Pada tahun 2026, seramai 3,000 penerima yang layak telah menerima bantuan RM1,000 bagi meringankan kos memulakan kehidupan sebagai mahasiswa.

“Oleh yang demikian, Hadiah Pengajian IPT akan dipertingkatkan dengan memberikan manfaat RM1,000 kepada 5,000 mahasiswa dan mahasiswi yang menerima tawaran universiti awam ataupun swasta, dengan peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Amirudin mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi meneruskan Hadiah Pengajian Anak Selangor Timur Tengah pada 2027.

Menurutnya, bantuan berkenaan bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup pelajar Selangor yang melanjutkan pengajian di rantau terbabit, khususnya susulan ketidaktentuan yang melanda negara Asia Barat.

Katanya, Kerajaan Negeri memahami kesukaran dihadapi golongan berkenaan apabila peningkatan kos sara hidup menambah tekanan kewangan sepanjang tempoh pengajian.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.