MPAJ pantau lokasi tumpuan awam, pastikan syarat lesen penjaja dipatuhi

22 Mac 2026, 1:00 PM
MPAJ pantau lokasi tumpuan awam, pastikan syarat lesen penjaja dipatuhi
MPAJ pantau lokasi tumpuan awam, pastikan syarat lesen penjaja dipatuhi
MPAJ pantau lokasi tumpuan awam, pastikan syarat lesen penjaja dipatuhi

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempergiat pemantauan kawalan lalu lintas serta aktiviti penjaja di kawasan tumpuan awam sepanjang cuti Aidilfitri ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pemantauan dilaksanakan di sekitar jajaran MRR2 melibatkan penempatan penjaja jualan perayaan seperti lemang dan bunga api bagi memastikan aliran trafik kekal lancar.

"Semakan turut dijalankan di Bukit Ampang melibatkan aktiviti penjaja tanpa kebenaran serta keadaan lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

"Langkah pemantauan ini turut memberi tumpuan kepada kawalan di lokasi tumpuan bagi memastikan urusan orang ramai berjalan teratur sepanjang musim perayaan," maklumnya menerusi kenyataan.

MPAJ menjelaskan meskipun dalam tempoh perayaan, pihaknya terus bertugas di lapangan demi memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, MPAJ menyeru orang ramai dan para penjaja agar mematuhi peraturan yang ditetapkan serta bekerjasama dalam memastikan ketenteraman dan keselamatan bersama.

"MPAJ akan terus mempergiat pemantauan secara berterusan bagi memastikan persekitaran yang selamat, teratur dan kondusif untuk semua," tegasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.