Kutipan sampah dijangka meningkat 30 peratus sempena Aidilfitri - KDEBWM

22 Mac 2026, 12:15 PM
Kutipan sampah dijangka meningkat 30 peratus sempena Aidilfitri - KDEBWM

SHAH ALAM, 22 MAC: Syarikat pengurusan sisa pepejal, KDEB Waste Management (KDEBWM) menjangkakan kutipan sampah domestik meningkat sehingga 30 peratus sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Pengurus Besar Kanan Operasi, Mohd Idris Mohamed Yusof berkata peningkatan itu disebabkan aktiviti perayaan termasuk penganjuran rumah terbuka serta amalan ziarah-menziarahi.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya telah menyusun operasi bagi memastikan proses kutipan lebih 7,000 tan sampah setiap hari berjalan lancar.

“KDEBWM juga mungkin menambah operasi kutipan atau menyediakan lori tambahan sebagai langkah persediaan jika berlaku sebarang masalah,” katanya kepada Media Selangor.

Awal bulan ini, Pengarah Urusan KDEBWM, Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pihaknya mengambil langkah proaktif bagi memastikan kutipan sampah di Selangor lebih cekap susulan gangguan operasi di beberapa kawasan termasuk Selayang dan Kuala Selangor sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, gangguan berkenaan berlaku ketika proses pelarasan operasi dilaksanakan bagi menyusun semula sistem kutipan sisa pepejal supaya lebih teratur dan efisien.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.