KDEBWM anjur kejohanan bola tampar, pupuk gaya hidup sihat

1 Nov 2026, 5:00 AM
KDEBWM anjur kejohanan bola tampar, pupuk gaya hidup sihat
KDEBWM anjur kejohanan bola tampar, pupuk gaya hidup sihat
KDEBWM anjur kejohanan bola tampar, pupuk gaya hidup sihat
KDEBWM anjur kejohanan bola tampar, pupuk gaya hidup sihat

PETALING JAYA, 1 NOV: Dalam usaha menerapkan gaya hidup sihat kepada kakitangannya, KDEB Waste Management (KDEBWM) julung kali menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Kumpulan KDEBWM di Ara Damansara di sini, hari ini.

Pengarah Urusan KDEBWM, Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kejohanan sukan itu disertai seramai 180 pemain yang terdiri daripada kakitangan KDEBWM dari 12 cawangan, termasuk dua anak syarikat KDEBWM, iaitu KDEB ICI dan Selviro.

“Tujuan kita anjurkan ini adalah kita mahu cuba cari jalan untuk kurangkan stress pekerja kita. Asyik bekerja pagi petang siang malam, tiada ruang masa untuk bersosial dan rekreasi.

“Jadi kita di pihak syarikat, kita anjurkan kejohanan untuk rapatkan lagi silaturahim antara kakitangan. Kita juga boleh tingkatkan semangat kesukanan, setiakawan, dan semangat kerjasama sebagai satu pasukan,” katanya kepada Media Selangor.

Bagi menghargai prestasi dan komitmen pasukan yang bertanding, kejohanan tersebut turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,850 serta trofi dan pingat.

Kejohanan bola tampar itu terbuka kepada semua kakitangan lelaki KDEBWM dengan menggunakan format pertandingan satu set bagi setiap perlawanan, iaitu pasukan perlu mencapai 31 mata untuk memenangi set tersebut.

Dalam pada itu, Ramli berkata, KDEBWM sedang merancang menubuhkan kelab sukan, kebajikan dan rekreasi menjelang akhir tahun ini bagi terus memperkukuh budaya kerja berpasukan dalam organisasi.

“Saya rasa ada keperluan untuk wujudkan kelab itu. Ia entiti yang lain daripada syarikat dan libatkan semua kakitangan. Setiap kakitangan juga akan buat caruman selain sumbangan dari pihak syarikat juga.

“Kita akan buat ia sebagai satu wadah di mana setiap program serta aktiviti sukan, rekreasi dan kebajikan, diadakan oleh kelab berkenaan,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.