91 keluarga Rawang terima lampin bayi percuma, bantu ringan kos sara hidup

20 Mac 2026, 9:01 AM

SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 91 keluarga di Rawang menerima bantuan lampin bayi percuma menerusi program agihan yang dilaksanakan baru-baru ini bagi meringankan beban kos sara hidup.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata inisiatif itu memberi kelegaan kepada keluarga, khususnya yang mempunyai anak kecil dan berdepan peningkatan perbelanjaan harian.

"Setiap keluarga menerima satu kotak lampin bayi dan diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban perbelanjaan harian mereka," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Program berkenaan turut mendapat sokongan daripada mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow yang memastikan bekalan diperoleh serta agihan berjalan lancar.

"Terima kasih kepada June Leow atas bantuan dan usaha dalam penyelarasan yang membolehkan kami mendapatkan bekalan ini dan menjayakan program ini dengan lancar," katanya.

Menurut Wei Kiat, inisiatif sama akan diteruskan ke kawasan Kuang dan Templer bagi memastikan lebih ramai keluarga yang memerlukan dapat dibantu.

"Di mana ada keperluan, di situ kami akan terus berusaha, langkah demi langkah, melakukan yang terbaik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.