Menjelang Aidilfitri, Pasar Seksyen 6 meriah sejak awal pagi

19 Mac 2026, 6:58 AM
Menjelang Aidilfitri, Pasar Seksyen 6 meriah sejak awal pagi
Menjelang Aidilfitri, Pasar Seksyen 6 meriah sejak awal pagi
Menjelang Aidilfitri, Pasar Seksyen 6 meriah sejak awal pagi
Menjelang Aidilfitri, Pasar Seksyen 6 meriah sejak awal pagi
Menjelang Aidilfitri, Pasar Seksyen 6 meriah sejak awal pagi

SHAH ALAM, 19 MAC: Menjelang Aidilfitri, orang ramai sudah mula membuat persiapan raya, walaupun tarikh sambutan masih belum diumumkan.

Pasar Moden Seksyen 6 di sini, kelihatan meriah sejak awal pagi, dengan pembeli berpusu-pusu mendapatkan bahan masakan seperti ayam, daging, dan sayur-sayuran.

Rusni Yusuf

Seorang pembeli, Rusni Yusuf, 49, berkata persiapannya sudah lengkap termasuk mengemas rumah, menyediakan barangan memasak, bekas hidangan dan baju raya sekeluarga.

"Walaupun ramai yang datang pagi ini, masyarakat tenang dan bersedia dengan apa jua kemungkinan. Pengalaman ‘raya mengejut’ 2022 membuatkan kami belajar untuk membuat persiapan lebih awal.

“Hari raya hari Khamis atau Jumaat, kita tetap dapat meraikannya lebaran dengan meriah tetapi dalam keadaan sederhana," katanya.

Rosni Alias

Bagi Rosni Alias, 72, persiapan tahun ini dilakukan secara sederhana bagi mengelakkan pembaziran.

"Walaupun harga barang mahal atau murah, saya tetap mengatur perbelanjaan dengan berhemat dan menyediakan juadah yang mudah untuk raya. Sama ada raya esok atau lusa, kita telah telah bersedia dengan bahan masakan," katanya.

Ayu Zam

Seorang lagi pembeli, Ayu Zam, 40, mengakui harga barang basah kini lebih tinggi berbanding tahun lalu.

"Contohnya, kerang yang dulu berharga belasan ringgit kini mencecah RM24 sekilo. Cuma mahal atau murah, juadah raya tetap disediakan mengikut kemampuan.

“Saya cuba menyiapkan persiapan awal walaupun waktu bekerja terhad, supaya jika esok diumumkan raya, tinggal masak sahaja," katanya.

Peniaga hasil laut, Sharul

Peniaga hasil laut, Sharul, 45, berkata kunjungan pembeli meningkat hari ini berbanding hari sebelumnya.

"Esok kalau tidak raya pun, orang mungkin kurang datang. Kos juga sedikit tinggi kerana perlu mengambil stok lebih banyak daripada pembekal semasa musim perayaan Tahun Baru Cina," katanya.

Peniaga buah-buahan, Rusni Sabri

Sementara itu, peniaga buah-buahan, Rusni Sabri, 44, menjelaskan stok buah tersedia tetapi harga berubah mengikut bekalan.

"Jika stok banyak, harga lebih murah. Jika sedikit, harga akan naik. Perbezaan harga tidak dapat dijangka sepenuhnya mengikut musim perayaan tetapi bergantung kepada pembekal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.