Ribuan pengunjung hadir meriahkan Majlis Tautan Kasih D’ Desa

5 Apr 2026, 1:45 AM
Ribuan pengunjung hadir meriahkan Majlis Tautan Kasih D’ Desa
Ribuan pengunjung hadir meriahkan Majlis Tautan Kasih D’ Desa
Ribuan pengunjung hadir meriahkan Majlis Tautan Kasih D’ Desa

SABAK BERNAM, 5 APR: Majlis Tautan Kasih D’ Desa yang berlangsung di Dewan Sri Nakhoda, Sungai Air Tawar di sini semalam meriah dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Majlis disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang turut dihadiri EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail dan EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim.

Berucap pada majlis, Amirudin berkata beliau mengagumi perpaduan dan sambutan yang amat baik daripada pengunjung khususnya penduduk setempat.

“Ini budaya dan tradisi yang selalu dirasakan apabila bertemu dengan penduduk di Sabak Bernam ketika kenduri, majlis yang dianjurkan setiap tahun,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di Majlis Tautan Kasih D’ Desa Daerah Sabak Bernam 2026 di Dewan Seri Nakhoda Sungai Air Tawar pada 4 April 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Rizam berkata penganjuran majlis tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim antara rakyat dan agensi kerajaan selain perpaduan satu sama lain.

“Majlis ini turut disertai pejabat pegawai daerah dan lebih 40 agensi kerajaan bersama menyantuni rakyat dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya.

“Inilah budaya di anjung utara yang mana kemesraan, perpaduan antara kerajaan dan rakyat sentiasa didekatkan serta saling mengenali, ini matlamat kita,” katanya.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Jabatan Kerja Raya Daerah Sabak Bernam diumumkan sebagai johan reruai terbaik.

Pengunjung juga disajikan pelbagai juadah antaranya kambing golek, ayam panggang, sate, roti canai, laksa, lemang dan rendang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.