Inap desa Sekinchan dan Sungai Besar laris, tempahan penuh hingga akhir Syawal

26 Mac 2026, 2:00 PM
Inap desa Sekinchan dan Sungai Besar laris, tempahan penuh hingga akhir Syawal
Inap desa Sekinchan dan Sungai Besar laris, tempahan penuh hingga akhir Syawal
Inap desa Sekinchan dan Sungai Besar laris, tempahan penuh hingga akhir Syawal
Inap desa Sekinchan dan Sungai Besar laris, tempahan penuh hingga akhir Syawal

SHAH ALAM, 26 MAC: Permintaan inap desa di sekitar Sungai Besar dan Sekinchan melonjak sempena Aidilfitri dengan kebanyakan penginapan dilaporkan penuh sehingga akhir Syawal.

Lonjakan tempahan itu mencerminkan populariti kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan, sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pengusaha tempatan.

Pengusaha Cma Homestay, Norhashimah Hashim, 39, berkata tempahan musim perayaan tahun ini amat memberangsangkan, malah ada pengunjung membuat tempahan seawal tiga bulan lalu.

“Musim perayaan ini memang tempahan penuh sampai habis Syawal. Lokasi inap desa saya yang strategik berhampiran pekan dan kawasan tarikan di Sekinchan menjadikan ia tumpuan pengunjung.

"Alhamdulillah, sudah sembilan tahun saya mengusahakan inap desa dan ia menjadi sumber pendapatan sampingan dengan anggaran sekitar RM2,000 sepanjang musim perayaan atau cuti sekolah,” katanya kepada Media Selangor.

Pengusaha Cma Homestay, Norhashimah Hashim, 39.

Bagi pemilik Haiseh Homestay, Siti Aini Kaseh Mohd Misri, 52, tempahan di inap desanya juga penuh sejak Ramadan hingga akhir Syawal, didorong pelbagai kemudahan serta aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung.

“Musim perayaan boleh menjana kira-kira RM3,000 manakala pendapatan waktu biasa yang bukan musim perayaan pula mampu melebihi RM1,000, bergantung kepada kadar tempahan dan permintaan semasa daripada pengunjung.

"Kami turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti memancing, kolam renang dan badminton yang menjadi tarikan utama serta faktor pengunjung memilih inap desa kami,” ujarnya.

Pemilik Haiseh Homestay, Siti Aini Kaseh Mohd Misri, 52.

Sementara itu, pengusaha Nur Faridah Homestay, Muhammad Khairilannuar Azmudin, 26, berkata permintaan inap desa di sekitar Sabak Bernam kini semakin meningkat berbanding sebelum ini.

“Setiap hari sepanjang musim perayaan, ramai yang bertanya mengenai tempahan malah ada yang menempah sejak dua bulan lalu. Alhamdulillah, sejak minggu kedua Ramadan sehingga habis Syawal memang tempahan penuh.

"Pada masa sama, kami turut berkongsi rezeki dengan rakan-rakan yang mengusahakan kedai makan serta penyewaan basikal dan motosikal dengan setiap tarikan ditawarkan memberi impak kepada jumlah pengunjung yang datang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.