3,188 ahli TAWAS kelahiran 2008 kemas kini maklumat setakat semalam

17 Mac 2026, 2:01 PM
3,188 ahli TAWAS kelahiran 2008 kemas kini maklumat setakat semalam
3,188 ahli TAWAS kelahiran 2008 kemas kini maklumat setakat semalam
3,188 ahli TAWAS kelahiran 2008 kemas kini maklumat setakat semalam
3,188 ahli TAWAS kelahiran 2008 kemas kini maklumat setakat semalam

SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 3,188 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kelahiran 2008 sudah mengemas kini maklumat masing-masing setakat semalam.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan, ibu bapa atau penjaga disaran mengemas kini maklumat anak bagi memastikan kelancaran pembayaran tabungan apabila mencapai usia 18 tahun.

"Seramai 18,901 ahli berdaftar bagi kelahiran 2008 dan proses kemas kini masih dibuka selain digalakkan dilakukan seawal mungkin," menurut yayasan itu.

Menurut YAWAS, pembayaran tabungan TAWAS dijadualkan bermula tahun ini sehingga 2027.

"Ibu bapa atau penjaga diminta untuk mengemas kini butiran nombor telefon, alamat tempat tinggal dan e-mel terkini.

"Ini bagi memastikan pembayaran tabungan dapat disalurkan dengan lancar apabila anak mencapai umur 18 tahun," menurut yayasan itu lagi.

Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi TAWAS atau dengan menghubungi talian 03-5481 8800 bagi sebarang pertanyaan.

Proses pengemaskinian ini dibuka sejak 21 Januari lalu.

Sementara itu, YAWAS menambah kemas kini maklumat bagi ahli TAWAS kelahiran 2009 masih belum dibuka dan akan diumumkan kemudian.

Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah teknikal atau memerlukan maklumat lanjut, YAWAS menasihatkan supaya merujuk kepada saluran rasmi yayasan atau laman web TAWAS untuk bantuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.