JAIS tetapkan dua waktu solat sunat Aidilfitri

17 Mac 2026, 3:22 AM
JAIS tetapkan dua waktu solat sunat Aidilfitri

SHAH ALAM, 17 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan dua waktu pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di seluruh masjid dan surau di negeri ini bergantung kepada tarikh Aidilfitri yang akan ditentukan pada 19 Mac (Khamis).

Pengarahnya, Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat, solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan pada jam 8 pagi, manakala jika jatuh pada Sabtu ia ditetapkan pada jam 8.30 pagi.

Menurutnya, ketetapan tersebut dibuat susulan tarikh melihat anak bulan Syawal yang dijadualkan pada petang Khamis ini bersamaan 29 Ramadan.

“Sehubungan dengan itu, umat Islam di Malaysıa dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 20 Mac (Jumaat) atau 21 Mac 2026M (Sabtu).

“Ia memberikan persediaan kepada ahli kariah agar dapat hadir pada waktu yang ditetapkan, dipohon kepada semua pentadbir masjid, surau dan musolla agar dapat menghebahkan ketetapan ini kepada semua ahli kariah masing-masing,” katanya kepada Media Selangor melalui perkongsian surat rasmi.

Mohd Shahzihan turut mengingatkan semua pentadbir supaya mematuhi ketetapan berkaitan penggunaan pembesar suara sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sebelum ini pada 29 Ogos 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.