Pengusaha kitar semula haram terima notis pengosongan MBDK

11 Mac 2026, 5:07 AM
Pengusaha kitar semula haram terima notis pengosongan MBDK
Pengusaha kitar semula haram terima notis pengosongan MBDK

KLANG, 11 MAC: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memberi notis tujuh hari pengosongan kepada tapak kitar semula tanpa kebenaran di Taman Selat Selatan, Pelabuhan Klang selepas aktiviti pengumpulan barangan terpakai di kawasan itu masih berulang.

Ahli Majlis MBDK Arulnesan Jayabalan berkata MBDK bersama KDEB Waste Management (KDEBWM) sudah beberapa kali membersihkan kawasan itu namun aktiviti pengumpulan barangan kitar semula masih berlaku.

"Pembersihan ini bukan kali pertama dan struktur binaan tanpa kebenaran yang digunakan sebagai stor barangan kitar semula diarah dikosongkan kerana berpotensi menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk," katanya ketika ditemui di lokasi operasi pembersihan semalam.

Arulnesan berkata pihaknya turut mengambil pendekatan berhemah dengan bertemu pengusaha premis kitar semula berkenaan yang mendakwa ibu tunggal dan penerima bantuan zakat sewa rumah.

"Pengusaha diminta membersihkan kawasan berkenaan, namun jumlah sampah terlalu banyak menyebabkan pihak majlis terpaksa menggunakan aset sendiri dengan kerjasama KDEBWM untuk membantu kerja pembersihan," katanya.

Tambahnya, beliau yang turut mewakili pejabat Ahli Parlimen Klang akan membantu menyalurkan bantuan sewajarnya kepada ibu tunggal terbabit melalui agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.