Jom Shopping Deepavali: Lebih 800 warga DUN Kinrara terima manfaat

24 Okt 2026, 5:29 AM
Jom Shopping Deepavali: Lebih 800 warga DUN Kinrara terima manfaat

PUCHONG, 24 OKT: Lebih 800 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima baucar Jom Shopping Perayaan Deepavali bernilai RM200 tahun ini, meningkat lebih 30 peratus berbanding kira-kira 600 penerima pada 2025.

Wakil rakyatnya, Ng Sze Han berkata pertambahan itu turut mengambil kira peningkatan jumlah pengundi di kawasan berkenaan yang kini melebihi 130,000 orang, dengan masyarakat India merangkumi 15 hingga 18 peratus.

“Permintaan memang tinggi, jadi kita berusaha mendapatkan tambahan kuota supaya lebih ramai penduduk dapat menerima manfaat daripada bantuan ini,” katanya kepada Media Selangor selepas penyerahan baucar di Giant Bandar Kinrara, pagi tadi.

Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han menyantuni penduduk yang hadir menebus baucar Jom Shopping Perayaan Deepavali di Giant Bandar Kinrara, Puchong pada 24 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Sze Han yang juga EXCO Kerajaan Negeri berkata baucar itu dikhususkan kepada keluarga yang tidak menerima bantuan atau insentif lain, termasuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Sebelum ini, EXCO Pembasmian Kemiskinan V. Papparaidu memaklumkan sebanyak 26,354 baucar Deepavali diagihkan di seluruh Selangor tahun ini, membabitkan peruntukan RM5.27 juta.

Program itu dilaksanakan di semua 56 DUN dari 17 Oktober hingga 7 November. Baucar boleh digunakan untuk membeli barangan di pasar raya terpilih.

Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han beramah mesra bersama penerima baucar Jom Shopping Perayaan Deepavali di Giant Bandar Kinrara, Puchong pada 24 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.