SKMM nafi laksana ujian sistem amaran awam di empat negeri hari ini

19 Nov 2026, 12:37 AM
SKMM nafi laksana ujian sistem amaran awam di empat negeri hari ini

SHAH ALAM, 19 NOV: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan bahawa ujian Sistem Amaran Awal Nasional akan dilaksanakan kepada orang awam di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang hari ini.

SKMM menjelaskan maklumat yang tular menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu adalah tidak benar.

Menurut suruhanjaya berkenaan, aktiviti yang dijadualkan pada 19 November 2026 hanya melibatkan ujian teknikal dalaman bagi menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem.

"Ujian itu dilaksanakan sebagai persediaan sebelum sistem berkenaan diperluas penggunaannya, bukannya ujian amaran kepada orang awam di negeri-negeri seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Masyarakat turut disaran merujuk saluran rasmi SKMM bagi mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini berhubung pelaksanaan sistem tersebut.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.