Amaran ribut petir beberapa negeri termasuk Selangor hingga 7 malam ini

8 Mac 2026, 9:27 AM
Amaran ribut petir beberapa negeri termasuk Selangor hingga 7 malam ini

SHAH ALAM, 8 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak hingga 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan terlibat ialah Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Pahang melibatkan Jerantut, Maran dan Bera.

Di Selangor, kawasan Kuala Selangor dan Petaling diramal mengalami ribut petir selain turut melibatkan Kuala Lumpur.

Amaran cuaca sama juga dikeluarkan bagi Johor melibatkan Batu Pahat dan Pontian.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit melibatkan Song dan Kapit serta Bintulu.

Amaran ribut petir ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.