Selangor taja 75 bakal haji, meningkat 29 jemaah berbanding tahun lalu

6 Mac 2026, 9:42 AM
Selangor taja 75 bakal haji, meningkat 29 jemaah berbanding tahun lalu
Selangor taja 75 bakal haji, meningkat 29 jemaah berbanding tahun lalu
Selangor taja 75 bakal haji, meningkat 29 jemaah berbanding tahun lalu
Selangor taja 75 bakal haji, meningkat 29 jemaah berbanding tahun lalu

SHAH ALAM, 6 MAC: Kerajaan Selangor meluluskan tajaan penuh kepada 75 bakal haji dari negeri ini, meningkat 29 orang berbanding 46 jemaah yang menerima manfaat sama tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai usaha membantu rakyat Selangor menunaikan rukun Islam kelima itu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bagi meringankan urusan perjalanan, Kerajaan Negeri dan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut menyampaikan insentif RM1,500 kepada 75 jemaah berkenaan.

Beliau berkata kos berjumlah RM1.2 juta ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

“Jumlah jemaah yang ditaja penuh tahun ini adalah peningkatan 29 orang berbanding 46 jemaah yang menerima manfaat tajaan penuh pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata penentuan syarat serta kelayakan penerima tajaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji melalui syor Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau menjelaskan cadangan tersebut seterusnya akan disembah maklum untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dalam masa sama katanya, Kerajaan Negeri mengambil kira perkembangan semasa di Timur Tengah yang masih tidak menentu.

“Kerajaan Negeri akan bekerja rapat dengan Wisma Putra berlandaskan garis panduan keselamatan supaya perjalanan jemaah Selangor diberikan keutamaan.

"Saya mendoakan keadaan di Timur Tengah kembali aman dan mengajak semua pihak yang terlibat kembali ke meja rundingan sebagai jalan penyelesaian konflik ini,” katanya.

Beliau menambah dunia tidak boleh membenarkan budaya pelanggaran undang-undang antarabangsa dinormalisasikan terutama dalam keadaan rakyat menjadi mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.