Selangor mahu rapatkan jurang gaji, peluang ekonomi rakyat

14 Okt 2026, 9:41 AM
Selangor mahu rapatkan jurang gaji, peluang ekonomi rakyat
Selangor mahu rapatkan jurang gaji, peluang ekonomi rakyat
Selangor mahu rapatkan jurang gaji, peluang ekonomi rakyat
Selangor mahu rapatkan jurang gaji, peluang ekonomi rakyat

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Kerajaan Negeri mahu merapatkan jurang ketidaksamaan gaji dan peluang ekonomi bagi memastikan kemakmuran Selangor dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata cabaran utama ekonomi ketika ini bukan kekurangan modal, sebaliknya sebahagian besar modal tertumpu kepada segelintir individu.

“Cabaran kita hari ini bukanlah kekurangan modal atau ekuiti kerana terdapat jumlah modal yang sangat besar di dunia.

“Masalah utama ialah sebahagian besar modal itu berada dalam tangan segelintir individu, sedangkan rakyat biasa perlu bekerja lima hingga enam hari seminggu untuk menampung kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) edisi ke-10 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 14 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Amirudin berkata pertumbuhan ekonomi tidak seharusnya hanya memberi manfaat kepada kelompok tertentu, sebaliknya perlu membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat.

Menurutnya, usaha merapatkan jurang pendapatan penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri bergerak seiring dengan peningkatan taraf hidup rakyat.

“Keadaan ini perlu berubah dan matlamat utama Selangor adalah untuk merapatkan jurang ketidaksamaan, sama ada ketidaksamaan gaji atau peluang,” katanya.

Beliau berkata cabaran ketidaksamaan ekonomi turut memerlukan perhatian dan kerjasama di peringkat ASEAN supaya manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dikongsi secara lebih menyeluruh.

“Saya percaya ini merupakan cabaran yang perlu ditangani ASEAN secara bersama.

“Kemakmuran mesti dikongsi dan dirasai oleh seluruh rakyat kita,” katanya.

Orang ramai mendaftar ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) edisi ke-10 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 14 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

SIBS 2026 berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 17 Oktober dengan menampilkan 526 reruai pameran serta penyertaan antarabangsa termasuk Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, India, Jerman, Amerika Syarikat dan Brazil.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.