MPKL perkasa amalan 3R, semarak kesedaran kebersihan sepanjang Ramadan

6 Mac 2026, 7:42 AM
MPKL perkasa amalan 3R, semarak kesedaran kebersihan sepanjang Ramadan
MPKL perkasa amalan 3R, semarak kesedaran kebersihan sepanjang Ramadan
MPKL perkasa amalan 3R, semarak kesedaran kebersihan sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 6 MAC: Program “Murnikan 3R di Bulan Ramadan” anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menekankan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) selain menggalakkan kempen pengumpulan minyak masak terpakai yang berpotensi menjana pendapatan.

Program dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang itu diadakan di dua lokasi iaitu Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat dan Tapak Bazar Ramadan Kanchong Darat, semalam.

Menurut MPKL, inisiatif tersebut dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Smart Mampan @ Kuala Langat melalui “Pemerkasaan Inisiatif Bandar Rendah Karbon”, selain menyokong kempen #bebasplastik, Pelan Tindakan Hijau Negeri Selangor 2016–2018 serta Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Program tersebut turut menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) meliputi aspek kesihatan dan kesejahteraan, bandar mampan, penggunaan bertanggungjawab, tindakan terhadap perubahan iklim serta kerjasama strategik.

“Peniaga bazar disarankan agar lebih berdisiplin dalam pengendalian gerai serta memastikan barangan yang dijual berkualiti, bersih dan selamat.

“Langkah ini sekali gus dapat meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan mengurangkan pembaziran makanan khususnya sepanjang bulan Ramadan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Program dimulakan pada jam 8 pagi dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk di masjid sehingga jam 3 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.