SHAH ALAM, 5 MAC: Warga Subang Jaya boleh memanfaatkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma yang disediakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sempena Aidilfitri.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan penduduk di kawasan perumahan teres boleh membuat permohonan pada hari bekerja mulai hari ini hingga 11 Mac, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Antara kategori sampah pukal yang dibenarkan termasuk:
tilam dan perabot lama
sisa ubah suai, sisa pindah rumah
barangan elektrik (tidak termasuk barangan kitar semula)
Kutipan akan dilaksanakan oleh agensi pengurusan sisa negeri, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bermula 9 hingga 19 Mac.
Permohonan boleh dibuat melalui KDEBWM menerusi:
talian: 03-8081 4437
WhatsApp: 011-3538 4437









