SHAH ALAM, 4 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan Program Walkabout Bazar Ramadan USJ 4 bagi memeriahkan suasana serta menyokong peniaga tempatan, semalam.
Menurut MBSJ, program berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan pihak berkuasa dengan komuniti setempat selain meninjau kelancaran operasi bazar Ramadan.
Dalam program itu, MBSJ mengedarkan kupon bernilai RM5 kepada 200 pengunjung terawal, manakala kupon digital RM10 diagihkan melalui platform PLATS oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 300 pengunjung terawal sebagai sokongan kepada transaksi tanpa tunai.
Program turut diserikan dengan kehadiran EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze serta Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali.
"Sama-sama kita memeriahkan Bazar Ramadan MBSJ 2026 serta menyokong peniaga tempatan," kata kenyataan itu lagi menerusi Facebook.











