SHAH ALAM, 3 MAC: Orang ramai dialu-alukan menjual barangan terpakai di program kitar semula (Trash To Cash) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 7 Mac ini.
MPAJ menerusi kenyataan memaklumkan, program berlangsung di Dewan Komuniti AU3/1 Keramat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
"Barangan yang boleh dijual ialah minyak masak terpakai pada harga RM3 per kilogram dan sisa elektrik/elektronik (RM0.20 per kilogram)," katanya.
Selain itu, bahan kitar semula seperti tin aluminium boleh dijual pada harga RM1 per kilogram, besi (RM0.40 per kilogram) serta kotak, kertas, plastik (RM0.20 per kilogram).
"Program ini adalah inisiatif untuk mencegah pencemaran dan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti secara berterusan pada masa akan datang," menurut MPAJ.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ di talian 03-42857390.








