SHAH ALAM, 2 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun yang terpilih hingga 65 peratus kepada warga bandar raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata tawaran mulai 1 Mac hingga 31 Mac termasuk kadar khas RM20 bagi Kompaun Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) MBSA 2007.
“Bayaran boleh dibuat di Gerbang Perkhidmatan Shah Alam, Kaunter Pandu Lalu Wisma MBSA (Seksyen 14) serta Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.
“Bagi kompaun kesalahan tempat kereta, pembayaran juga boleh dibuat melalui JomPAY (Biller Code 6726), aplikasi MyMBSA, Flexi Parking, Maybank2U dan kaunter Bank Muamalat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1521 / 1839 / 1203.








