MBSA tawar kompaun parkir RM20 sepanjang Oktober 2026

6 Okt 2026, 9:00 AM
MBSA tawar kompaun parkir RM20 sepanjang Oktober 2026

SHAH ALAM, 6 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan Kempen Pengurangan Kompaun RM20 bagi kompaun tempat letak kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) sepanjang Oktober 2026 sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ke-26.

MBSA berkata kempen yang bermula 1 hingga 31 Oktober 2026 itu memberi peluang kepada Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun kepada pihak Majlis.

"Pengurangan kompaun ditawarkan sehingga 65 peratus daripada bayaran sebenar bagi beberapa jenis kesalahan termasuk Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan kompaun jentik-jentik.

"Kempen ini dilaksanakan bagi membantu dan menggalakkan OKK menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan media.

MBSA memaklumkan pembayaran boleh dibuat di Gerbang Perkhidmatan Shah Alam, Kaunter Pandu Lalu Wisma MBSA, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

"Bagi kompaun kesalahan tempat letak kereta, OKK juga boleh membuat bayaran melalui JomPAY menggunakan biller code 6726, nombor kompaun pada Ref1 dan nombor telefon pada Ref2.

"Bayaran bagi kesalahan sama turut boleh dibuat melalui Flexi Parking (Scan N Pay Compound), Maybank2U dan kaunter Bank Muamalat," katanya.

Orang ramai dinasihatkan mengambil peluang itu untuk menjelaskan tunggakan kompaun sebelum tindakan seperti sekatan urus niaga di kaunter Majlis atau tindakan mahkamah dikenakan.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.