Atasi kesesakan: MBSJ bina pusingan bertingkat di Lebuh Puteri mulai esok

22 Feb 2026, 12:57 AM
Atasi kesesakan: MBSJ bina pusingan bertingkat di Lebuh Puteri mulai esok

SHAH ALAM, 22 FEB: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan melaksanakan pembinaan Pusingan Bertingkat (Elevated U-Turn Bridge) di Lebuh Puteri, Bandar Puteri, Puchong bagi meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan berkenaan.

MBSJ dalam kenyataan memaklumkan kerja pembinaan bermula esok hingga 3 Julai ini, selaras Pelan Pengurusan Trafik (TMP) Peringkat 1 dan tidak melibatkan penutupan lorong.

Kerja-kerja pembinaan dijalankan dari Isnin hingga Sabtu, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai turut diminta memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran serta keselamatan lalu lintas sepanjang tempoh pelaksanaan projek berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.