MB rai warga pendidik, hargai jasa kepada masyarakat

21 Feb 2026, 12:51 PM
MB rai warga pendidik, hargai jasa kepada masyarakat
MB rai warga pendidik, hargai jasa kepada masyarakat
MB rai warga pendidik, hargai jasa kepada masyarakat
MB rai warga pendidik, hargai jasa kepada masyarakat

SHAH ALAM, 21 FEB: Dato’ Menteri Besar meraikan kira-kira 1,000 warga pendidik dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Guru dan Komuniti Pendidik Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, dekat sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tahunan tersebut sebagai menghargai golongan pendidik yang banyak berjasa kepada masyarakat.

“Pendidik dan guru merupakan kumpulan yang wajib untuk diraikan. Walaupun bukan semua 68,000 guru dijemput tetapi percaya pertemuan dengan wakil Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, agensi dan unit tetap tunjukan komitmen tidak berbelah bahagi,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Amirudin menyaksikan pertukaran dokumen nota persefahaman antara Yayasan Selangor dengan beberapa pihak yang bertujuan memantapkan ekosistem Pendidikan dan LatihanTeknikal dan Vokasional (TVET).

Ia meliputi kerjasama dengan TYMBA Education Group, DHS Hospitality Academy, ATC College dan Taleem (M) SDN Bhd, Pioneers Integrated Solutions (TPIS) dan Al Motahida Education Group.