SHAH ALAM, 18 FEB: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menghayati Ramadan kepada seluruh umat Islam.
Dato' Seri Amirudin Shari berharap bulan yang penuh keberkatan ini menjadi ruang terbaik untuk umat Islam memperteguh iman, memperbanyakkan amal ibadah serta membersihkan hati dan niat dalam setiap urusan kehidupan.
"Saya mendoakan agar segala ibadah kita dipermudahkan, kesihatan sentiasa dipelihara, rezeki dilimpahi keberkatan dan keluarga dikurniakan ketenangan serta kebahagiaan.
"Marilah kita menjadikan Ramadan sebagai madrasah tarbiah jiwa - mendidik kesabaran, memperkukuh disiplin dan menyemai kasih sayang sesama insan.
"Semoga Negeri Selangor terus dipelihara dalam suasana aman, harmoni dan dirahmati Allah SWT, insya-Allah," katanya menerusi Facebook.
Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa bermula esok.


