SHAH ALAM, 17 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 baru-baru ini sebagai usaha memastikan kawasan perkuburan lebih teratur, selamat, dan bersih.
Menurut MBSA, gotong-royong bersama beberapa badan bukan kerajaan pada 11 Februari lalu merangkumi pemotongan pokok besar, pembersihan pokok hiasan yang tidak dibenarkan serta pengumpulan sisa.
“Program ini bukan sahaja memastikan kawasan perkuburan lebih terurus dan selamat, malah menjadi platform memperkukuh kerjasama antara kakitangan MBSA dan komuniti NGO,” menurut kenyataan rasmi.
MBSA menekankan usaha bersepadu ini juga dapat membina hubungan positif antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penyelenggaraan fasiliti awam secara mampan.









