SHAH ALAM, 14 FEB: Pendaftaran murid tahun satu bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula esok hingga 31 Mac ini.
Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di laman https://idme.moe.gov.my.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mempelawa ibu bapa dan penjaga membuat persediaan awal dengan melengkapkan maklumat profil bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.
Pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun yang lahir antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021 serta kohort tujuh tahun yang lahir dari 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan murid akan memasuki alam persekolahan darjah satu pada usia enam tahun bermula tahun depan secara sukarela.
"Pendidikan prasekolah yang diletakkan sepenuhnya di bawah KPM akan bermula pada usia lima tahun," katanya pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.



