Transformasi GM Klang: Pasar raya dan kemudahan gaya hidup lengkap bawah satu bumbung

11 Feb 2026, 2:01 AM
Transformasi GM Klang: Pasar raya dan kemudahan gaya hidup lengkap bawah satu bumbung
Transformasi GM Klang: Pasar raya dan kemudahan gaya hidup lengkap bawah satu bumbung
Transformasi GM Klang: Pasar raya dan kemudahan gaya hidup lengkap bawah satu bumbung

KLANG, 11 FB: Pengalaman membeli-belah di GM Klang kini berwajah baharu! Lebih segar, lebih menyeluruh dan memberikan lebih banyak sebab untuk dikunjungi.

Selaras dengan aspirasi memacu pelancongan domestik dan memperkasa ekonomi setempat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, GM Klang terus melangkah ke hadapan dengan visi progresif: membentuk pusat sehenti gaya hidup yang menghimpunkan elemen beli-belah, kecergasan, rekreasi dan komuniti di bawah satu bumbung.

Sebagai langkah awal dalam fasa transformasi baharu GM Klang, tiga kemudahan utama telah mula beroperasi dan menerima sambutan menggalakkan.

Antaranya ialah KFitness, gimnasium moden berkonsepkan dalaman kontemporari yang menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif; Gen7 Snooker, pusat snuker 24 jam yang menyediakan ruang rekreasi tertutup yang selesa untuk peminat hobi santai; serta Doremart, pasar raya yang menawarkan pelbagai keperluan isi rumah pada harga berpatutan.

Ketiga-tiga fasiliti ini mencerminkan komitmen GM Klang untuk tampil lebih segar, inklusif dan sejajar dengan gaya hidup masyarakat urban masa kini.

Majlis pelancaran rasmi Doremart dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 14 Februari 2026 jam 9.30 pagi.

Berkeluasan lebih 10,000 kaki persegi, Doremart merupakan rangkaian pasar raya dari Sarawak yang membuka cawangan pertamanya di Semenanjung Malaysia, dengan GM Klang dipilih sebagai lokasi paling strategik.

Pelancaran ini bukan sekadar pembukaan pasar raya, tetapi simbol peluasan fungsi GM Klang sebagai destinasi dengan lebih banyak pilihan, kemudahan dan nilai tambah.

Menjelang Ramadan, pasar raya tersebut dijangka menjadi tumpuan utama dengan pelbagai promosi istimewa dan keperluan harian yang menyeluruh untuk pelbagai lapisan pengunjung.

“Usaha kami bukan sekadar membuka lebih banyak kedai, tetapi memperkukuh keseluruhan ekosistem pengalaman pelanggan.

"Pengiktirafan Anugerah Emas di bawah program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) baru-baru ini menjadi pemangkin kepada peningkatan standard perkhidmatan kami dan kualiti kemudahan sedia ada,” kata Norsuhaida Othman, Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang.

Tambah beliau, GM Klang turut merancang untuk memperkenalkan pelbagai elemen gaya hidup lain seperti gelanggang futsal indoor, pickleball dan paddleball, ruang karaoke keluarga, serta fasiliti hobi dan rekreasi untuk semua peringkat usia.

Kesemua inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang GM Klang dalam memastikan ia terus kekal sebagai hab dagangan, pelancongan dan gaya hidup terkemuka di rantau ini.