Bantu rakyat berjimat, Jualan Ehsan Rahmah diteruskan ke enam lokasi esok

8 Feb 2026, 12:00 PM

SHAH ALAM, 8 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diteruskan di enam lokasi esok, dijayakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Berikut lokasi JER esok:

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.