SHAH ALAM, 25 JAN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026, pagi esok.
Majlis tersebut dijadualkan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini, pada 8.30 pagi.
Amirudin berkata amanat tersebut adalah ruang berkongsi hala tuju, keutamaan serta aspirasi Kerajaan Negeri dalam melangkah ke hadapan sepanjang tahun ini.
"Amanat disampaikan dengan tekad memperkukuh pembangunan Selangor yang mampan, inklusif dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat," katanya menerusi Facebook.
Amanat Tahun Baharu 2026 itu juga boleh ditonton secara langsung menerusi semua platform Media Selangor.
Laporan lengkap ucapan berkenaan turut disiarkan di portal Selangorkini dan Selangor Journal termasuk edisi Mandarin dan Tamil.



