Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 7 malam

21 Jan 2026, 8:33 AM
Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 21 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Perak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Menurut MetMalaysia amaran ini adalah bersifat jangka pendek dan sah selama maksimum enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.