Amaran hujan lebat empat daerah Selangor hingga 1 tengah hari

20 Jan 2026, 2:30 AM
Amaran hujan lebat empat daerah Selangor hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 20 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan Selangor hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, kawasan terlibat Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak membabitkan kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ribut petir ini adalah jangka pendek, sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran, dan memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dan mengelakkan aktiviti luar.