Tular insiden tembakan berhampiran premis makanan segera di Banting

5 Jan 2026, 12:30 AM
Tular insiden tembakan berhampiran premis makanan segera di Banting

SHAH ALAM, 5 JAN: Suasana di sekitar sebuah premis makanan segera di Banting, Kuala Langat bertukar cemas malam tadi selepas seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan cedera, dipercayai berkait dengan satu insiden tembakan.

Berdasarkan beberapa gambar dan rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan tidak sedarkan diri di bahagian luar premis berkenaan, berhampiran dinding bangunan.

Turut kelihatan kesan dipercayai darah pada dinding premis berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Selain itu, rakaman video yang sama turut memaparkan sekurang-kurangnya dua kelongsong peluru ditemui di lantai kawasan premis, dipercayai ada kaitan dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi mengesahkan kejadian serta perkembangan siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.